Ecah Zamri's Stories




Sikap buruk manusia.
Monday, November 18, 2013 | 5:14 AM | 0 Sweet Hearts
Cakap pasal manusia sampai esok pun tak habis. Terlalu banyak. Tapi, kat sini ecah nak share sikit lah sikap manusia yang ecah memang tak suka . Buruk benor . Baca tau. Taknak baca sudah. xD

Yang paling ecah tak suka manusia yang tak reti bersyukur. Kerja dia duk merungut je. Ini tak kena, itu tak kena. Cuba fikir orang yang lagi susah dari kita, camne hidup diorang . So, jangan nak merungut sangat la. Karang Allah tarik balik nikmat yang dia bagi, baru menyesal.

Yang kedua, kawan yang hanya tumpang senang. Bila dia perlu pertolongan ke apa, baru dia cari kita. Kita ni pulak duk tolong lah dia ni, kawan kata nya kan ? Kenalah tolong. Tapi, bila dia senang dia abaikan kita. Buat-buat tak kenal je. Bagus kan ? Inilah kawan sehidup semati katanya -_- . Lantak kau lah.

Yang seterusnya, orang yang suka bagi harapan palsu. Cakap suka dia lah apa lah, tapi tinggal dia. Orang macam ni memang tak patut ada dalam dunia ni, tapi terlalu ramai pulak yang wujud. Bila dah ada orang betul-betul sayang kau, kau tak ambik serius. Kau buat main-main, sebab tu tak hairan la orang tu tinggal kau nanti. Lain kali, kau hargai la orang yang sayang kau , ye sayang ? oke.

Yang akhir sekali, orang yang duk asyik nilai orang je. Cakap itulah, inilah. Cuba tengok diri sendiri, dah cukup baik dah nak kutuk-kutuk orang ? Kalau nak nasihat, nasihat cara betul bukan main kutuk-kutuk kat public. Mestilah dia malu kan ? Jaga la jugak maruah orang.

So, kesimpulannya sebelum kita buat sesuatu fikir dulu, apa yang kita buat tu betul ke tak ? Ada orang terasa tak ? Jangan main hentam je oke ? ^_^


0 Sweet Hearts(s)