Ecah Zamri's Stories




Berat badan dan ketinggian.
Thursday, December 25, 2014 | 8:47 AM | 0 Sweet Hearts

Assalamualaikum. Kali ni takde poem , cuma nak kongsi sikit la pasal berat badan dan ketinggian.

Ecah ni dikategorikan sebagai tinggi jugakla, "169 cm " . Ramai jugak yang tanya, macam mana ecah boleh jadi tinggi sampai macam ni ? Oke, rahsianya ialah...

First, pemakanan. Makan secukupnya, jangan kurang atau terlebih. Kurang makan nanti gastrik, terlebih makan jadi obes. Sebenarnya, ecah pun ada gastrik. Tapi sekarang dah kurang sebab jaga makan. Ecah dulu masa kecik-kecik, kurang makan nasi tapi banyak makan roti. Anak mat salleh kononnya. Hehe. Lagi satu, minum susu banyak-banyak. Sebab susu ni boleh meransang pembesaran tubuh badan tau.

Second, exercise. Jangan lupa, terutama sekali melompat dan bergayut. Bukan bergayut telefon, tapi bergayut kat pokok ke tiang ke, haaa. Kalau ecah dulu, hari-hari bergayut kat satu palang kat SK Tok Jiring. Dari darjah tiga ke darjah enam. Hasilnya memang berkesan.

Third, keazaman. Dulu, masa darjah lima memang ramai yang lebih tinggi dari ecah. Tapi, bila darjah enam, ramai yang jadi lebih rendah dari ecah. ecah memang dah berazam nak jadi tinggi dari diaorang, pasal tu lah duk bergayut hari-hari tu. Sampai sekarang dah jadi fav aktiviti bergayut ni. Nampak tempat boleh bergayut rase nak bergayut je. Haha.

Umur/Berat badan/ketinggian
13/48/162
14/50/165
15/50/167
16/50/168
17/50/169

Mesti korang pelik kan ? Berat tak berubah. Sebenarnya, berubah masa akhir tahun form4, tapi turun balik masa form5. Sebabnya mungkin stres belajar. Makan tak menentu. Tapi oke lah, hampir-hampir nak stabil dah BMI tu.

50/(1.69x1.69) = 17.51

kira oke lah tu kan. takde la kurus sangat . :)





0 Sweet Hearts(s)